Jalan Pembangunan Berdasarkan Kekacauan Negara Lain Tak Boleh Diteruskan Lagi
Konflik Rusia-Ukraine menyaksikan situasi antarabangsa turut terkesan dan menjadi haru-biru.
Dengan Amerika sebagai dalangnya, Sidang kemuncak G7, NATO dan Kesatuan Eropah jelas memperlihatkan hasrat Barat yang hanya mahu menyimbah minyak kepada api sahaja.
Amerika berjaya meningkatkan kawalan terhadap Eropah, manakala kerugian semuanya dipikul oleh negara-negara Eropah.
Bagaimanapun, China akan menganjurkan Sidang Kemuncak BRICS pada bulan Jun dan seterusnya Thailand dan Indonesia pula akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak APEC dan G20 pada tahun ini. Suara dari timur patut kedengaran.
Minggu lalu, Menteri Luar Thailand dan Indonesia telah bertemu dengan rakan sejawat mereka dari China Wang Yi di China.
Pelbagai negara bersedia meningkatkan penyelarasan dan persefahaman. Ini semua tidak lain tetapi adalah untuk memberitahu dunia bahawa kita di Asia ini sangat mengutamakan kestabilan, kedamaian dan pembangunan.
Berbanding Timur yang mewujudkan kemakmuran berikutan situasi yang stabil, Barat bangkit dengan besi dan darah.
Selepas Perang Dunia II, dunia memasuki satu tempoh yang aman, tapi negara Barat sebenarnya terus mendapat faedah dari konflik serantau untuk mengekalkan kedudukan dominasi mereka dalam bidang kewangan, tenaga dan pelbagai bidang.
Ambil contoh, kekacauan di Iraq bahkan Asia Barat sebenarnya diagandakan oleh Britain selepas Perang Dunia Pertama.
Dalam proses membentuk negara Iraq, Britain sengaja menanam pertentangan antara pelbagai puak di negara itu. Kalau melihat dari sudut lebih luas, agenda ini dilaksanakan secara meluas di rantau Asia Barat dan menjadi punca kepada kekacauan serantau yang berlarutan.
Serampang dua mata, secara tidak langsung ia juga dijadikan alasan oleh negara Barat untuk terus mengawal pengaruhnya, khususnya setelah menjumpai rizab minyak asli di sana.
Setelah Amerika menggantikan Britain sebagai kuasa terbesar di dunia, mereka terus mewarisi strategi sama. Pencapaian yang paling cemerlang adalah menghasutkan Rusia memecahkan Kesatuan Soviet, selepas itu menghasutkan pelbagai negara bekas anggota Kesatuan Soviet bertentangan dengan Rusia. Melanggar janji yang tercapai dengan Rusia, terus menggalakkan NATO membesarkan ke timur. Inilah puncanya konflik Rusia-Ukraine buat masa ini.
Adakah Barat terlupa menggunakan strategi ini di Asia Timur?
Mana mungkin!
Jepun dan Korea Selatan merupakan buah catur yang diletakkan setelah Perang Dunia II. Ada juga percubaan mengacaukan situasi di Laut China Selatan tapi akhirnya negara serantau berjaya mengelakkan pengaruh dari kuasa bukan rantau ini.
Buah catur yang paling ketara menyasarkan China adalah mengganggu penyatuan Taiwan dengan Tanah Besar sejak 1949.
Percaturan di Rusia-Ukraine belum berakhir lagi, Barat telah terburu-buru menggerakkan buah caturnya di Taiwan lagi.
Baru-baru ini Amerika telah mengesahkan penjualan senjata sejumlah USD75 juta kepada Taiwan. Pada masa yang sama, Ketua Dewan Perwakilan Amerika Nancy Pelosi mengumumkan berancang melawat Taiwan!
Ketika menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, Amerika telah memutuskan hubungan rasmi dengan Taiwan dan mengiktiraf di dunia ini hanya Beijing yang mewakili China.
Mereka turut menjanjikan untuk mengurangkan jualan senjata kepada Taiwan. Tapi seperti diketahui umum, janji tinggal janji.
Sebab? Kerana kalau mereka berbuat demikian, ia akan bercanggah dengan kepentingan kooperasi industri ketenteraan Amerika. Dalam 43 tahun yang lalu, Amerika telah sebanyak 107 kali mengesahkan kontrak penjualan senjata kepada Taiwan, nilai kontraknya semakin meningkat.
Menghasutkan pertentangan dan menjual senjata, percaturan di Ukraine tidak asing bagi orang China. Perbezaannya, percaturan di Ukraine mengancam keselamatan Rusia, tapi percaturan di Taiwan akan mengganggu penyatuan China.
Antara lima negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China merupakan satu-satunya yang hingga sekarang belum wujud penyatuan! Tapi Timbalan Setiausaha Negara Amerika Wendy Sherman mengancam China "menimba pengalaman dari Ukraine, jangan menyatukan Taiwan dengan ketenteraan."
China tidak mahu berperang lagi antara saudara mara senenek moyang, tapi Amerika terus menggalakkan ketegangan dengan menambah tekanan politik dan ketenteraan. Sebelum perang tercetus, kooperasi industri ketenteraan Amerika akan terus mendapat faedah. Kalau perang tercetus, Amerika boleh meletakkan sekatan lagi kepada China sekali gus membanteras negara pesaing terbesarnya.
Tapi kalau China terpaksa mencetuskan perang untuk memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah, kerugian juga akan dipikul oleh pelbagai negara di rantau ini.
Sekarang adalah waktu kita untuk melantangkan suara dari Timur. Apa yang kita mahukan adalah pembangunan berdasarkan kedamaian. Jelas, jalan pembangunan Barat yang berdasarkan kekacauan negara lain tidak boleh diterusankan lagi.