China Tegas Bantah Rancangan Lawatan Nancy Patricia ke Taiwan

2022-04-08 16:37:28  CRI
Share with:

China mengeluarkan bantahan serius kepada pihak Amerika Syarikat (AS) tentang rancangan Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Patricia yang bakal mengetuai satu rombongan melawat Taiwan.

Dalam sidang media semalam, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan bahawa China menentang perhubungan rasmi antara AS dengan Taiwan dengan apa jua cara. Jika Nancy Patricia melawat Taiwan, perbuatan itu akan merupakan pelanggaran serius terhadap prinsip “Satu China” dan tiga pengumuman bersama China-AS, menjejaskan serius kedaulatan dan keutuhan wilayah China, menghakis serius dasar politik hubungan dua hala dan mengeluarkan isyarat yang salah kepada kuasa "Merdeka Taiwan".

Zhao mengeluarkan amaran kepada mereka yang sengaja membandingkan isu Taiwan dengan Ukraine, dua isu yang mempunyai perbezaan pada hakikatnya. Lakuan itu umpama bermain api, dan pemain api itu ditaktirkan kena bakar juga.