Warga Emas Tawar Diri Jadi Sukarelawan

2022-04-08 15:04:19  CRI
Share with:

Sekumpulan warga emas berumur lebih 70 tahun di Quanzhou, provinsi Fujian menawarkan diri menjadi sukarelawan bagi membantu usaha menangani wabak COVID-19 dengan cara sendiri.


Menerusi penubuhan “dapur kasih sayang”, mereka secara spontan memasak dan menghantar makanan untuk petugas yang berada di barisan hadapan.


Setakat ini, masakan yang disediakan mereka melebihi 1,000 set.