Buku "China and the Shared Human Future: Exploring Common Values and Goals" Diterbitkan

2022-04-08 14:39:39  CRI
Share with:

Majlis pelancaran buku "China and the Shared Human Future: Exploring Common Values and Goals" edisi bahasa Inggeris diadakan secara hibrid di Beijing dan London, pada Rabu.

Buku ini karya terkini oleh Martin Albrow, ahli sosiologi dan ahli akademik British Academy of Social Sciences, selepas bukunya "China's Role in a Shared Human Future: Towards Theory for Global Leadership" diterbitkan pada 2018.

Kata kunci seperti komuniti berkongsi nasib sesama insan, teori dan amalan, tadbir urus global dan China, pembasmian kemiskinan, wabak COVID-19, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan perubahan iklim digabungkan dengan amalan China, memberikan eksposisi yang mendalam dan menyeluruh dalam buku ini.