AS, Punca Pergolakan Terbesar di Dunia

2022-04-08 15:09:35  CRI
Share with:

Jabatan berkenaan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini memutuskan untuk menyediakan pakej penjualan yang melibatkan teknologi sistem pertahanan 'Patriot' dan latihan berkenaan yang bernilai kira-kira USD95 juta (RM401 juta) kepada wilayah Taiwan China, iaitu kali ketiga penjualan senjata kepada pulau tersebut yang dilaksanakan kerajaan AS penggal ini.

Ketika mengumumkan rancangan penjualan senjata kepada Taiwan, AS sekali lagi merujuk kepada apa yang disebut 'Akta Hubungan dengan Taiwan' sebagai asas undang-undang. Ini sama sekali alasan tukang karut. Seperti yang diketahui umum bahawa dasar politik hubungan China-AS adalah tiga pengumuman bersama, khususnya 'Pengumuman 17 Ogos' yang mengandungi komitmen AS untuk mengurangkan penjualan senjata kepada Taiwai dengan beransur-ansur sehingga  penyelesaian muktamad masalah itu pada suatu masa kemudian. Maka,  apa yang disebut “Akta Hubungan dengan Taiwan” dan “enam janji terhadap Taiwan” yang direka-reka AS selepas itu adalah tidak sah sejak hari kelahirannya, disebabkan sifatnya yang membelakangi komimen AS dalam tiga pengumuman bersama tersebut, dan melanggar prinsip “Satu China” yang terkandung dalam resolusi No.2758 Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diiktiraf umum oleh masyarakat antarabangsa.

Pihak A.S. meletakkan undang-undang domestik di atas kewajipan antarabangsa, dan gila-gilaan memainkan "kad Taiwan" tanpa mengira kredibilitinya sehingga terdedahlah pemikiran hegemoninya yang berurat akar.

Apa akan dibawakan kepada Taiwan melalui penjualan senjata itu? Penduduk Taiwan mempunyai mata yang tajam. Ada netizen yang menunjukkan bahawa AS tidak mahu melihat Selat Taiwan berada dalam keadaan yang aman, dan berkejar ke sini untuk mengaut keuntungan lagi. Ini justeru mencerminkan percaturan politik yang didalang AS untuk membantu konsortium perindustrian ketenteraan negaranya mengaut laba secukup-cukupnya melalui permainan memperalatkan Taiwan dan mengapi-apikan ketegangan di Selat Taiwan. AS yang kerap kali menginjak-injak hubungan China-AS dan kedamaian serta kestabilan Selat Taiwan melalui penjualan senjata, sesungguhnya punca pergolakan terbesar di dunia.

Pada penghujung bulan Februari lalu, China memutuskan bertindak balas terhadap dua syarikat perindustrian ketenteraan AS yang berkaitan dengan penjualan senjata ke Taiwan dalam tempoh masa panjang lalu. AS digesa mematuhi prinsip “Satu China” dan peraturan dalam tiga pengumuman bersama China-AS, membatal segera rancangan penjualan senjata kepada Taiwan dan menghentikan perhubungan ketenteraan dengan Taiwan.

China berikhtiar menumpaskan campur tangan dari luar dengan apa cara jua dan niat memisahkan Taiwan daripada tanah air.