Semangat Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Menyerlah

2022-04-09 12:52:10  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengumumkan bahawa China berjaya menunaikan janjinya kepada masyarakat antarabangsa dengan menyeluruh melalui penganjuran temasya Olimpik yang sederhana, selamat dan cemerlang. Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika menghadiri majlis pengiktirafan sumbangan cemerlang untuk badan dan individu dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing semalam.

Xi menyatakan bahawa semangat Beijing yang ditunjukkan semasa berlangsungnya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022, iaitu 'mempunyai pandangan yang luas, keyakinan diri dan sikap terbuka, tidak menunduk kepada kesukaran, mengejar kecemerlangan dan meneroka masa depan bersama-sama' merupakan kunci bagi kejayaan kedua-dua temasya tersebut.

China yang terbuka, inklusif dan mengejar kecemerlangan terdedah di mata dunia semasa berlangsungnya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Daya tarikan kebudayaan China dan sikap rakyat yang ramah-tamah yang boleh terasa dalam setiap perincian semasa berlangsungnya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk yang melibatkan reka bentuk venue temasya, majlis perasmian dan penutupan, makanan yang sedap di kampung Olimpik dan senyuman sukarelewan, dipercapayai sudah menggalakkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat pelbagai negara.

Lebih-lebih lagi, Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 yang diadakan dengan jayanya di Beijing juga dijadikan sebagai satu jendela untuk memperkenalkan konsep hak asasi manusia China dan kejayaan yang tercapai China dalam usaha menghormati dan menjamin hak dan kepentingan golongan orang kurang upaya. Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Andrew Parsons mengulas begini bahawa Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing bagai sinaran baharu dalam sejarah Sukan Paralimpik Musim Sejuk.

Di sebalik pergolakan dunia yang berlarutan, semangat Beijing yang ditunjukkan semasa berlangsungnya temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk berjaya memainkan peranan sebagai penggerak dalam mendorong pertukaran antara tamadun di dunia, menyemai benih perpaduan dan persahabatan dan menggalakkan rakyat pelbagai negara berkongsi masa depan.  Keyakinan dan tenaga yang dibawanya kepada dunia kelihatan begitu menyerlah di sebalik penularan wabak COVID-19 yang tetap serius dan rumit dan situasi antarabangsa yang sedang mengalami perubahan drastik.