Media AS: Kerajaan Manipulasi Pendapat Umum dengan Maklumat Palsu

2022-04-09 14:22:16  CRI
Share with:

Saluran Berita Fox Amerika Syarikat (AS) dalam program yang disiarkan pada 7 April lalu menyatakan bahawa kerajaan AS menggunakan maklumat palsu untuk memanipulasi pendapat umum.

Laporan itu menyatakan bahawa sebelum konflik antara Rusia dan Ukraine tercetus, ada tokoh yang tidak diketahui namanya daripada kerajaan Biden menyebarkan berita tentang “Rusia akan melancarkan sebuah tindakan pembunuhan beramai-ramai dan memfitnah Ukraine sebagai pendalangnya lalu menjadikannya sebagai dalih untuk memerangi Ukraine". Berita ini turut dipetikkan oleh banyak media AS termasuk NBC, namun pegawai tersebut tidak pernah menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong berita itu.

Fox dalam program tersebut juga menyebut bahawa pada beberapa minggu lalu, kerajaan AS lagi mengeluarkan apa yang disebut “perisikan yang terbongkar” mengenai Rusia. Ada beberapa pegawai AS mengatakan bahawa Putin akan menggunakan senjata kimia di Ukraine, dan ini juga pernah diulangi Presiden Biden. Namun, Fox memetik laporan NBC sebagai berkata pegawai AS sudah mengesahkan bahawa Rusia masih belum mendapati bukti tentang Rusia sudah menghantarkan senjata kimia ke kawasan berhampiran Ukraine.