'Zombie' NATO Susah Hidup Semula Walau Wujudkan Musuh Imaginasi

2022-04-10 18:57:55  CRI
Share with:

Baru-baru ini, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah mengadakan satu sidang menteri luar di ibu pejabatnya di Brussel, Belgia. Menteri luar dari 4 buah negara rantau Asia Pasifik termasuk Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand pun menghadiri sidang tersebut atas undangan. Mereka dilaporkan “menggunakan masa yang agak lama” mengadakan perbincangan tentang China, dan mengutuk pendirian China dalam isu Ukraine.

Ketua Setiausaha NATO, Jens Stoltenberg menyatakan pihaknya perlu buat kali pertama membuat pertimbangan yang menyasarkan China tatkala menetapkan “strategik baharu” NATO.

Serentak dengan berlangsungnya sidang menteri luar NATO tersebut, Setiausaha Pertahanan AS, Austin yang berada di dalam negerinya mengakui AS sedang menyediakan maklumat kepada pasukan tentera Ukraine. Tindakan AS dan NATO itu diujar sebagai “menambah bahan bakar ke dalam api” oleh pakar ketenteraan Turki, Ihsan. Menurut beliau, AS dan NATO yang mengabaikan korbanan nyawa, hanya mengambil berat terhadap hegmoni dan laba politik.

Ahli Parlimen Eropah yang berasal dari Ireland, Clare Daly pula mendakwa dengan bertanya, 'Bila NATO pernah memainkan peranan yang berkesan?' atau 'Di mana NATO pernah membantu mewujudkan keamanan?'

'Zombie' NATO yang sudah tidak berdaya maju kelihatan sedang berusaha mahu hidup semula melalui peperangan di Eropah di bawah pimpinan AS dan tindakan perlindungan hegmoni AS.

Tetapi hakikatnya, Asia Pasifik tidak mengalu-alukan “mesin Perang Dingin”. Sidang kemuncak AS dengan ASEAN yang dijadualkan diadakan pada penghujung bulan Mac sudah “ditangguh tanpa batas waktu”. Kebanyakan negara Asia Pasifik seperti India dan ASEAN mengekalkan sikap yang berinisiatif dan kesedaran yang jelas dalam menangani krisis Ukraine. Kesemua ini membuktikan negara Asia Pasifik menghargai keamanan serantau yang tidak mudah tercapai.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pernah banyak kali menekankan beri pentingnya kerjasama bersatupadu antara masyarakat antarabangsa semasa lawatannya ke AS di samping mengingati AS bahawa trend pembangunan China adalah tidak terhalang, dan sejawarnya mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengannya. AS dijangka akan memikul beban ekonomi besar jika melepaskan kaitan dengan China. Inilah konsensus umum kebanyakan negara rantau ini.