PM Pakistan Digulingkan dalam Mosi Tidak Percaya

2022-04-10 12:56:27  CRI
Share with:

Imran Khan merupakan Perdana Menteri Pakistan yang pertama yang dipecat oleh Parlimen sebaik sahaja mosi tidak percaya terhadap beliau diluluskan pagi tadi.

Dalam pengundian yang diadakan oleh Parlimen Pakistan, mosi tidak percaya yang dikemukakan oleh persekutuan parti pembangkang memperolehi 174 undi sokong. Menurut Perlembagaan dan peraturan perbincangan Parlimen Pakistan, mosi itu boleh diluluskan jika mendapat sokongan dari lebih separuh anggota Parlimen, iaitu 172 undi sokong.