Q&A antara Angkasawan China dengan Pelajar AS

2022-04-11 14:27:11  CRI
Share with:


Angkasawan China mengadakan sesi soal jawab (Q&A) bersama pelajar Amerika Syarikat (AS) menerusi slot "My question to Taikonauts" anjuran Kedutaan China di AS, pada Sabtu.

Kru kapal angkasa Shenzhou-13, iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu menjawab soalan oleh para pelajar menerusi rakaman video dari stesen angkasa Tiangong, menjelang kepulangan mereka yang dijadualkan pada bulan ini.

Antara topik yang diminati ramai adalah seperti cara makan dan bersenam di ruang angkasa.

Aktiviti tersebut disertai kira-kira 150 individu termasuk pelajar, ibu bapa, guru dan angkasawan veteran NASA.

Dalam pada itu, bekas angkasawan AS, Donald A. Thomas berkata, eksplorasi angkasa lepas memberi inspirasi kepada semua negara.

Beliau menyifatkan aktiviti berkenaan sebagai peluang yang baik bagi dua buah negara untuk merapatkan kerjasama dalam penerokaan angkasa lepas.