KDNK Ukraine akan Menjunam 45.1 Peratus: WB

2022-04-11 13:03:14  CRI
Share with:

Menurut statistik terkini Bank Dunia (WB) yang diumumkan pada Ahad, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Ukraine akan menjunam sebanyak 45.1 peratus pada tahun ini, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), iaitu 10 hingga 35 peratus. KDNK Rusia diunjurkan akan menguncup 11.2 peratus. 

Dalam pada itu, konflik antara Rusia dengan Ukraine akan turut menimbulkan krisis kemanusiaan, keselamatan tenaga dan lain-lain di seluruh dunia.

Sehubungan dengan itu, Bank Dunia telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk melancarkan pakej bantuan kecemasan yang bernilai USD925 juta kepada Ukraine.