Macron dan Le Pen ke Pusingan Kedua Pilihan Raya Perancis

2022-04-11 13:01:57  CRI
Share with:

Menurut tinjauan pasca undi yang diumumkan media Perancis, presiden sekarang Emmanuel Macron dan calon sayap kanan, Marine Le Pen dari Barisan Nasional, mendahuli calon-calon lain dalam pengundian pusingan pertama pilihan raya yang diadakan pada Ahad, dan layak ke pusingan kedua. 

Macron malam semalam menyatakan bahawa beliau akan mengambil tindakan baharu untuk memperoleh kepercayaan dan bersatu dengan rakyat bagi berbakti kepada negara.

Pada masa sama, Marine Le Pen berikrar bahawa beliau akan mengambil masa lima tahun untuk memulihkan orde di Perancis.