Projek “Pengiraan Data Timur di Barat” Dimulakan

2022-04-12 16:32:46  CRI
Share with:



Baru-baru ini, projek “Pengiraan Data Timur di Barat” telah dimulakan secara menyeluruh di China. Ini bermakna bahawa data digital kawasan timur yang agak maju ekonominya mula dihantar secara besar-besaran ke kawasan barat yang kaya dengan sumber pengiraan dan penyimpanan data. Baik bahagian barat mahupun bahagian timur dipercayai sangat memanfaatkan pelaksanaan projek yang bersifat saling melengkapi ini.


Bandar Zhongwei, wilayah Ningxia yang sudah muncul sebagai salah satu pangkalan “pengkomputeran awan” di kawasan bahagian barat China, mula menyerlah dalam bidang peningkatan keupayaan pengiraan, inovasi aplikasi teknologi maklumat dan pembangunan ekonomi digital serantau.