China: NATO, Tinggalan Perang Dingin yang Harus Ikut Perkembangan Zaman

2022-04-12 14:54:36  CRI
Share with:

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ialah tinggalan daripada Perang Dingin, dan ia harus menyesuaikan diri dengan perkembangan sezaman, dan bertindak memelihara keamanan dan kestabilan serantau dan dunia.


Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin.


Baru-baru ini, beberapa tokoh strategi dari Eropah masing-masing mengarang atau bersuara, bermuhasabah terhadap peranan Amerika Syarikat (AS) dan Barat dalam konflik Rusia-Ukraine. Mereka berpendapat bahawa AS dan Barat harus bertanggungjawab terhadap konflik tersebut.


Sehubungan dengan itu, Zhao berkata, suara rasional mengenai situasi Rusia-Ukraine semakin banyak, dan pandangan mereka terhadap punca isu Ukraine, situasi semasa serta pencetus di sebaliknya harus dipandang berat.


Zhao menambah, dalam tempoh 30 tahun yang lalu, AS mendorong peluasan NATO ke timur sebanyak lima kali, tanpa mempedulikan keprihatinan Rusia. Namun, kesan peluasan itu bukanlah keamanana, sebaliknya kesalingpercayaan yang terjejas, pergolakan serantau, bahkan kekacauan yang tidak terhujung.


Zhao Lijian menegaskan, sejak krisis Ukraine tercetus, China berusaha untuk meredakan ketegangan, menggalakkan nilai keselamatan yang bersama, komprehensif, koordinasi dan lestari. AS dinasihat memikul tanggungjawabnya dan bermuhasabah terhadap peranannya yang kurang elok dalam krisis Ukraine.