China dan Rusia Tidak akan Tubuhkan Pakatan Kecil

2022-04-12 15:15:06  CRI
Share with:

China dan Rusia tidak ingin menubuhkan pakatan kecil yang mengetepikan negara lain, namun tidak akan dilagakan. Hubungan kedua-dua negara ini mampu mengharungi cabaran akibat pergolakan situasi antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sidang taklimat pada Isnin.

Akhbar The Hill Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini melaporkan, kebergantungan ekonomi Rusia terhadap China semakin meningkat sejak tercetusnya konflik antara Rusia dengan Ukraine. Sementara itu, China mengambil strategi 'bersaing untuk jangka masa panjang' terhadap Rusia dengan mengharapkan Rusia 'menyewa' malah 'menjual' wilayah luas di Timur Jauh kepada China setelah konflik berakhir.

Mengulas laporan tersebut, Zhao berkata bahawa China memberikan perhatian terhadap laporan berkenaan dan menganggap dakwaan itu sebenarnya satu versi baharu daripada 'teori ancaman China' yang bertujuan untuk melagakan hubungan antara China dengan Rusia.

Zhao menegaskan, isu Ukraine merupakan isu sejarah yang rumit. China berpendirian objektif dan adil di samping membuat pertimbangan secara bebas dalam isu tersebut.