China Ucap Tahniah kepada Shahbaz Sharif

2022-04-13 15:16:18  CRI
Share with:

China mengucapkan tahniah kepada Shahbaz Sharif yang dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Pakistan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam berkata, China dan Pakistan ialah rakan strategik serba cuaca. Hubungan kedua-dua negara ini kukuh seumpama batu dan tidak dapat dipecah.

China bersedia berganding tangan dengan Pakistan untuk memperkasakan pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakitan dan membina Komuniti Berkongsi Nasib yang lebih erat.