Wuzhishan, Habitat Pelbagai Hidupan Tropika

2022-04-13 12:07:15  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping dalam rangka lawatannya ke wilayah Hainan turut mengambil kesempatan mengunjungi taman negara hutan hujan tropika di Wuzhishan, pada Isnin.

Terletak di tengah-tengah pulau Hainan, taman hutan itu merupakan salah satu daripada lima taman peringkat negara yang paling awal di China.

Wuzhishan atau dikenali juga sebagai "gunung lima jari" turut berada dalam taman tersebut.

Ia merupakan gunung paling tinggi di Hainan, dengan ketinggiannya mencatat 1,867 meter dari paras laut.

Gunung itu diberikan nama tersebut kerana lima puncaknya yang berangkai-rangkai kelihatan seperti lima jari gergasi.

Taman hutan hujan tropika itu juga merupakan habitat bagi enam spesies tumbuhan dan sembilan jenis haiwan yang diberi perlindungan kelas tertinggi peringkat negara.