Hentilah Pelepasan Air Tercemar ke Laut

2022-04-13 15:22:44  CRI
Share with:

Kerajaan Jepun mengumumkan keputusan untuk melepaskan air tercemar dari Loji Jana Kuasa Elektrik Nuklear Fukushima ke laut pada 13 April tahun lalu. Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo baru-baru tidak menghiraukan kritikan masyarakat antarabangsa dan bantahan lebih 180,000 rakyat tempatan, berdegil nak memulakan projek pembinaan paip saliran dasar laut untuk melepaskan air loji Fukushima pada pertengahan April ini.

Menurut laporan media tempatan, pembinaan projek tersebut atas tanah telah siap, dan pelepasan air tercemar dijangka akan dimulakan pada musim bunga tahun depan.

Di loji Fukushima pernah berlaku kemalangan nuklear tahap tertinggi, dan air yang tercemar nuklear mengandungi sejumlah besar elemen radiasi yang dihasilkan daripada pembelahan nuklear.


Hasil tinjauan terkini oleh akhbar Yomiuri Shinbun mendapati bahawa lebih separuh rakyat Jepun menentang pelepasan air tercemar itu ke laut. Suara bantahan daripada tokoh profesional adalah lebih lantang. Namun bantahan tersebut tidak menyentuh kerajaan Jepun walau sedikit pun.

Kerajaan Jepun berbuat demikian mempunyai dua sebab. Pertama, dari segi kos, air tercemar nuklear terus dilepaskan ke laut dapat mengurangkan kos pengendalian syarikat. Kedua, kerajaan Jepun memperoleh sokongan kuat daripada pihak Amerika Syarikat (AS).

Menurut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), negara anggota berkewajipan untuk melindungi persekitaran laut dan perlu memikul tanggungjawab berkaitan berdasarkan undang-undang antarabangsa. Jepun yang hanya mementingkan kepentingan diri tanpa berbincang dengan negara-negara jiran dan pertubuhan antarabangsa berkaitan adalah sama sekali tidak bertanggungjawab.

Bumi merupakan rumah bagi seluruh insan. Jepun harus segera menarik balik rancangannya dan membuat keputusan setelah mempertimbangkan pelbagai cara menangani air tercemar nuklear supaya meninggalkan rumah yang selamat dan bersih kepada generasi akan datang.