NATO Panjangkan Tangan ke Asia Pasifik

2022-04-13 16:49:07  CRI
Share with:

NATO yang disifatkan “mati otak” oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron nampaknya “kembali bernafas” lagi dengan berlakunya perang Rusia-Ukraine.

 

Bahkan, dengan peluang yang tersedia ini, mereka dalam diam turut nak “memanjangkan tangannya” ke Asia Pasifik.

 

Mesyuarat Menteri Luar NATO yang diadakan minggu lalu buat kali pertama mengundang Jepun dan Korea Selatan, selain turut dihadiri Ukraine, Georgia, Finland, Sweden, Australia dan New Zealand.

 

Mungkin ramai yang berpendapat kini NATO semakin kuat apabilan Rusia mencetuskan perang. Bagi Satria, ini saling tak ubah seperti perbincangan sama ada telur dulu dan ayam dulu.

 

Pandangan China adalah tekanan ekstrem NATO terhadap Rusia dalam 30 tahun yang lalu adalah punca tercetusnya perang. Dan ini dalam jangkaan atau agenda NATO, atau secara lebih terus terang, Amerika.

 

Perang bukan penyelesaian masalah, dan pihak yang benar-benar berkemampuan untuk menghentikan perang ini tidak lain dan tidak bukan adalah NATO atau Amerika.

 

Tapi sudah jelas ini bukan pilihannya. Topik yang paling hangat dalam mesyuarat kali ini adalah “senjata, senjata, senjata!”

 

Selepas keruntuhan Kesatuan Soviet, meskipun NATO melanggar janjinya terus memperluas ke Timur, tapi fungsinya semakin dipersoalkan. Kalau NATO ditubuhkan menghadapi Pertubuhan Perjanjian Warsaw, dan benar-benar bersifat defensif seperti propagandanya, jadi untuk apa NATO terus wujud selepas Pertubuhan Perjanjian Warsaw terbubar?

 

Tanpa ancaman keselamatan yang ketara, trend menggalakkan jaminan keselamatan di luar jangka NATO juga semakin ketara di Eropah.

 

Jadi Amerika sebenarnya menjadi pendalang yang menyalakan perang antara Rusia dengan Ukraine, bagi memanjangkan hayat NATO, dan terus mengikat Eropah dengan Amerika dalam bidang ketenteraan, ekonomi dan lain-lain.

 

Maka Amerika sedang membantu NATO mencari sasaran baharu selepas Rusia.

 

Ketua Setiausaha NATO, Jens Stoltenberg menyatakan mesyuarat kali ini buat kali pertama membincangkan “pengaruh dan dasar mengancam China yang memakin meningkat di arena antarabangsa” dan menyifatkan China telah menjadi “ancaman sistematik terhadap demokrasi dan keselamatan NATO”.

 

Adakah China telah mencampuri hal ehwal dalaman negara NATO? Atau menempatkan pasukan di negara jiran NATO?

 

Yang kita saksikan adalah beberapa negara NATO terus mencampuri hal ehwal Hong Kong, Taiwan, Xinjing, Tibet China. Pangkalan tentera Amerika yang mengelilingi China bahkan Britain, Jerman dan beberapa negara anggota NATO turut menghantar kapal perang untuk misi “pelayaran bebas” di sekitar China.

 

Hakikatnya, NATO merupakan ancaman sistematik sebenar terhadap demokrasi China. Sebab mereka tidak mahu hal ehwal China dikendalikan berdasarkan keazaman rakyat China, tetapi modal Barat.

 

Lebih parah, NATO bukan sahaja ancaman sistematik terhadap keselamatan China, bahkan juga keselamatan serantau Asia Timur.

 

Meskipun ia cakap tentang demokrasi, tapi jangan lupa ia adalah satu pertubuhan ketenteraan, fungsinya untuk mengadakan pertentangan ketenteraan.

 

Dulu QUAD disifatkan “NATO kecil” di Asai pasifik. Kini kelihatan India tidak bersedia bersepakat dengan mereka, pihaknya langsung mengundang Jepun dan Korea Selatan.

 

Jangan lupa Jepun dan Korea Selatan sebenarnya hanya berhak ketentaraan untuk menahan diri dalam zaman damai. Jika perang tercetus, komando ketenteraan mereka langsung dipegang oleh Amerika.

 

Maksudnya NATO atau Amerika juga memegang fius di Asia Timur, dan mampu membesarkan skalanya kalau perang tercetus di rantau ini.

 

Tapi negara-negara di rantau ini sebenarnya mempunyai kekuatan ketentaraan yang cukup hebat. Korea Utara sahaja pun sudah mendahului 80% negara di dunia.

 

Kini perang Rusia-Ukraine telah membawa impak kepada seluruh dunia. Kalau perang tercetus di Asia Timur, impak terhadap dunia khususnya Asia jauh lebih dahsyat.

 

Jelas sekali lagi, NATO sebagai tinggalan Perang Dingin atau pendalangnya Amerika merupakan ancaman sistematik sebenar terhadap dunia.