Insiden Tembakan Rambang di New York, 29 Cedera

2022-04-13 15:20:38  CRI
Share with:

Insiden tembakan rambang berlaku di stesen kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Selasa waktu tempatan, mengakibatkan sekurang-kurangnya 29 orang cedera, antaranya 10 orang terkena tembakan dan lima orang parah.

Pada masa ini, polis telah mengenal pasti identiti suspek, namun suspek masih belum ditangkap.