Bina Pelabuhan Perdagangan Bebas Bercirikan China di Hainan: Xi

2022-04-14 12:08:28  CRI
Share with:

Usaha hendaklah diperkasakan untuk mempercepat pembinaan pelabuhan perdagangan bebas bercirikan China di Hainan yang berpengaruh di persada antarabangsa.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan tinjauan di provinsi Hainan, selatan China semalam.

Xi menegaskan adalah signifikan untuk melaksanakan konsep pembangunan baharu dan mengutamakan pembangunan berkualiti tinggi  demi membangunkan Hainan dengan lebih baik, selain memberi tumpuan kepada pembangunan industri pelancongan, perkhidmatan moden, industri teknologi tinggi, dan pertanian bercirikan tropika yang berkecekapan tinggi, serta mempercepat pembinaan sistem perindustrian moden agar mewujudkan pola keterbukaan yang lebih besar, luas dan mendalam.