China Capai Kemajuan Besar dalam Penyelidikan Sel Stem

2022-04-14 12:10:23  CRI
Share with:

Jurnal akademik antarabangsa Nature menerbitkan rencana tentang kemajuan penting China dalam penyelidikan teknologi penyediaan sel stem pada malam Rabu.

Pasukan Profesor Deng Hongkui dari Universiti Peking buat kali pertama mengeluarkan teknologi tentang penggunaan molekul kecil kimia untuk menukar sel somatik manusia hingga memperoleh sel stem generasi baharu.

Kemajuan ini dijangka boleh digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes, penyakit hati yang teruk dan tumor malignan.