Ekonomi Singapura Naik 3.4 Peratus pada Suku Pertama 2022

2022-04-14 11:10:26  CRI
Share with:

Menurut data ekonomi terkini yang dikeluaran oleh Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura hari ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura menyaksikan peningkatan sebanyak 3.4 peratus pada suku pertama tahun ini, lebih rendah daripada 6.1 peratus pada suku tahun sebelumnya, dan juga lebih rendah berbanding ramalan ahli ekonomi iaitu 3.8 peratus.

Kerajaan Singapura meramalkan pertumbuhan ekonomi di negara itu akan mencatat 3 peratus hingga 5 peratus pada tahun ini.