Inflasi Serius di AS Undang Bantahan terhadap FED dan Kerajaan

2022-04-14 15:19:25  CRI
Share with:

Menurut statistik Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu, indeks harga pengguna (CPI) di negara itu meningkat 8.5 peratus pada Mac lalu dan mencipta rekod tertinggi sejak Disember 1981.

Senator Joe Manchin mengeluarkan kenyataan, mengutuk kelalaian kerajaan Biden dan Rizab Persekutuan (FED) yang secara langsung menyebabkan kenaikan inflasi.

Menurut Manchin, statistik terkini Jabatan Buruh menunjukan bahawa percukaian di negara itu telah "hilang kawalan sepenuhnya". Namun FED dan Washington tidak mengambil tindakan dengan segera. Rakyat berhak untuk mengetahui hakikat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Menurut statistik jabatan tersebut, harga minyak di AS pada Mac naik 18.3 peratus berbanging bulan sebelumnya dan meningkat 48 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Di samping itu, harga minyak bakar dan makanan masing-masing naik 22.3 peratus dan 1 peratus berbanding bulan sebelumnya, dan 70.1 peratus 8.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.