Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Saksikan Pintu China Dibuka Makin Luas

2022-04-14 16:15:46  CRI
Share with:

Pintu terbuka China tidak akan ditutup, sebaliknya akan dibuka makin luas. Inilah komitmen China kepada dunia. Pembinaan pelabuhan perdagangan bebas Hainan dalam tempoh empat tahun menjadi satu paradigma mengenai China mengota janjinya.

Pada Selasa lalu, Presiden China, Xi Jinping mengunjungi Zon Pembangunan Ekonomi Yangpu di bandar Danzhou, Hainan untuk mengetahui pembangunan zon itu dan pelabuhan perdagangan bebas yang bercirikan China di sana. Pada hari yang sama, Jabatan Kastam China mengeluarkan statistik terkini yang menunjukkan bahawa nilai perdagangan luar provinsi Hainan merekodkan RMB147.68 bilion yuan (RM92.89 bilion) pada tahun 2021 berbanding RMB70.28 bilion (RM44.2 bilion) pada tahun 2017. Kadar peningkat mencatat 20.4 peratus secara purata setahun.

Sejak penubuhan pelabuhan perdagangan bebas Hainan dilancarkan pada 13 April 2018, masyarakat antarabangsa telah memperoleh banyak bonus dari pelabuhan itu. Contohnya, dasar tarif sifar telah memanfaatkan banyak syarikat antarabangsa.

Sehingga penghujung Mac lalu, pelabuhan perdagangan bebas Hainan telah mengimport barang bernilai lebih RMB7 bilion (RM4.4 bilion), yang meliputi kapal, kereta, kapal terbang, bahan dan kelengkapan pengeluarkan dan lain-lain.  

Dalam tempoh empat tahun lalu, penggunaan modal asing di pelabuhan itu berjumlah USD8.81 bilion, meningkat 79.4 peratus secara purata setahun, yang melibatkan pelabur dari 126 negara dan kawasan.

Sementara itu, Undang-undang Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan China yang dikkuatkuasakan pada Jun tahun lalu telah menetapkan mekasnisme pembinaan pelabuhan itu untuk menggalakkan tahap keterbukaan yang lebih tinggi di negara ini.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran seperti penularan wabak, kecenderungan antiglobalisasi dan lain-lain, China tetap komited menggalakan pembinaan pelabuhan bebas Hainan menurut rancangan.

Berikutan penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada 1 Januari lalu, pelabuhan perdagangan bebas Hainan juga menghadapi peluang baharu. Penganalisis berpendapat bahawa pelabuhan Hainan dapat menjadi hab dalam kerjasama serantau.

Dari Hainan ke seluruh negara China, keterbukaan pusingan baharu dengan taraf lebih tinggi pasti akan memberikan lebih banyak peluang kepada dunia di samping menyuntik momentum kepada pemulihan ekonomi global.