Shenzhou-13 Bakal Berpisah dengan Modul Teras Stesen Angkasa

2022-04-15 15:17:04  CRI
Share with:


Kapal angkasa Shenzhou-13 akan berpisah dengan modul teras stesen angkasa lepas dalam masa terdekat ini, bagi membawa balik tiga orang angkasawan ke Bumi.

Kini, kru Shenzhou-13 telah menyelesaikan pelbagai kerja persiapan sebelum meninggalkan stesen angkasa lepas.

Difahamkan bahawa kawasan pendaratan Dongfeng akan menjadi lokasi untuk ketiga-tiga angkasawan tersebut mendarat.