Lawrence Wong Dipilih Ketua 4G Singapura

2022-04-15 14:29:47  CRI
Share with:

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada petang Khamis mengumumkan bahawa para menteri negara itu memilih Menteri Kewangan, Lawrence Wong sebagai Ketua Pasukan Generasi Keempat (4G) yang baharu.

Lee Hsien Loong sebelum ini menyatakan beliau tidak akan menyandang lagi jawatan perdana menteri bagi kerajaan penggal baharu.