China Ingin Buka Laluan Hijau Import Produk Vietnam
China bersedia terus memberikan sokongan kepada Vietnam untuk membendung wabak COVID-19, dan berharap kedua-dua negara ini dapat membuka laluan hijau untuk mengimport produk pertanian Vietnam ke China.
Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi ketika berhubung dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Bui Thanh Son melalui telefon pada Khamis.
Bui Thanh Son menyatakan, Vietnam mengutamakan hubungan dengan China, dan bersedia untuk bersama-sama China melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC).
Ketika membincangkan isu Ukraine, Wang Yi berkata, Amerika Syarikat (AS) ingin menimbulkan ketegangan serantau melalui 'strategi Indo-Pasifik'. Tragedi Ukraine tidak harus diulang di rantau ini.
Bui Thanh Son turut menyatakan kesediaan untuk mengekalkan komunikasi dengan China dalam isu Ukraine.