Kerjasama Infrastruktur China-ASEAN Lancar dalam Pandemik

2022-04-15 16:01:24  CRI
Share with:



Kita dimaklumkan bahawa TBM “Genting Satu” yang seberat 2500 tan dan sepanjang 270 meter mulai beroperasi di Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia baru-baru ini.

 

Terowong Genting sepanjang lebih 16 kilometer akan menjadi terowong paling panjang di Asia Tenggara. ECRL yang akan menghubungkan kawasan pantai timur dan pantai barat Malaysia bukan sahaja mampu menggalakkan pembangunan tempatan, bahkan negara.

 

Awal bulan ini, Jambatan Binondo-Intramuros di Manila yang dibina oleh pihak China dirasmikan. Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang turut hadir pada majlis perasmian menyatakan bahawa projek ini antara projek utama dalam program “Build, Build, Build!” negara itu. Perasmiannya mencerminkan pencapaian kerjasama pragmatik Filipina-China.

 

Pada masa yang sama, terowong kedua landasan kereta api laju Jakarta-Bandung pula disiapkan 4 hari lebih awal daripada jadual. Setakat ini, antara kesemua 13 buah terowongan di perjalanan tersebut terdapat 12 buah yang telah disiapkan dan landasan kereta api laju pertama di Asia Tenggara ini bakal beroperasi pada bulan Jun tahun depan.

 

Bulan lalu, pihak kerajaan Hanoi mengadakan upacara anugerah khusus kepada 24 penasihat dari rombongan pakar China yang memberikan perkhidmatan dalam projek LRT laluan 2A di bandar itu. Dengan pengalaman sistem pengurusan dan operasi pengangkutan awam berlandasan dalam bandar di China, khususnya di Beijing, rombongan pakar China telah membantu pihak Hanoi membentukkan sistem pengurusan dan melengkapi sistem operasi.

 

Sejak dirasmikan pada 6 November tahun lalu, ketepatan masa laluan 2A Hanoi mencatat 99.95%, sama standard seperti sistem subway di Beijing.

 

Meskipun dunia dilanda pandemik selama lebih dua tahun, tapi pelbagai projek atau program perkhidamtan infrastruktur kerjasama China dengan negara-negara ASEAN berkembang dengan lancar.

 

Pengangkutan merupakan penjana penting bagi pembangunan ekonomi.

 

Projek infrastruktur tersebut telah membawa banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan selain menyediakan pembangunan kepada pelbagai sektor yang berkaitan di negara-negara Satria sebutkan tadi, sekali gus membantu menaiktarafkan industri.

 

Satria amat gembira apabila melihat pelbagai projek tersebut bukan sahaja dapat beroperasi, malah disiapkan dengan lebih. Ini juga akan menyuntik lagi semangat kepada pemulihan ekonomi tempatan pada fasa endemik.

 

Jika dibandingkan dengan situasi di rantau lain, kemakmuran dan kerjasama serantau ini patut dihargai sebab ia jelas berjaya membawa rezeki benar-benar kepada kita.