Buah Ceri Beri Limpahan Rezeki

2022-04-15 15:33:45  CRI
Share with:

Sekarang tibanya masa memetik buah ceri di Taman Industri Pertanian Moden Tunmi di kaunti Nimu, wilayah Tibet.


Sejak 2019, masyarakat tempatan digalakkan menceburi bidang penanaman buah ceri di rumah hijau secara percubaan menerusi bantuan kerajaan.


Tanaman ceri berbuah setahun kemudian, membawa nilai output melebihi RMB200 ribu (RM132.86 ribu).


Kini, beberapa rumah hijau berbingkai keluli telah didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan tanah tandus.


Buah-buahan dan sayur-sayuran lain seperti tomato dan lada hijau turut ditanam secara besar-besaran.


Terletak pada ketinggian lebih 3,800 meter dari paras laut, Nimu memiliki cuaca kompleks dan berubah-ubah, menyukarkan penanaman ceri yang sesuai tumbuh di kawasan nyaman dan lembap.


Setelah tiga tahun mempraktikkan penanaman ceri di dataran tinggi, kini penduduk tempatan mampu menghasilkan buah yang rasanya manis dan berkhasiat.


Pada 2021, lebih 6,000 lagi anak pokok ceri berjaya ditanam di kaunti Nimu.


Menjelang pertengahan Jun kelak, hasil petikan buah dijangka mencatat 4,000 kilogram dengan nilai output melebihi RMB640 ribu (RM425 ribu).



Ia bakal menawarkan 56 peluang pekerjaan, sekali gus menyaksikan pulangan sebanyak RMB3,800 (RM2,523).