Isu Taiwan Lain dengan Krisis Ukraine

2022-04-16 14:52:05  CRI
Share with:

Isu Taiwan ialah hal ehwal dalalam China dan ia sama sekali lain dengan krisis di Ukraine.

Demikain ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian ketika mengulas tentang kenyataan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang membandingkan isu Taiwan dengan isu Ukraine, dan menyebut Amerika Syarikat (AS) harus membuat komitmen yang jelas untuk "membantu dalam pertahanan Taiwan".

Zhao menyatakan bahawa China membantah keras kenyataan sesetengah ahli politik Jepun yang sesuka hati membicarakan urusan dalaman China dan mencetuskan konfrontasi antara kuasa besar.

Beliau menegaskan, Taiwan adalah wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China. Jepun pernah menjajah Taiwan selama setengah abad dan melakukan jenayah yang tidak terkira di sana. Ahli politik Jepun dinasihat berhati-hati membuat kenyataan mengenai isu Taiwan, dan mengelakkan daripada menghantar isyarat yang salah kepada kuasa 'kemerdekaan Taiwan'.