'Tragedi Negara Sistematik' Masih Dibiarkan di AS

2022-04-16 15:22:06  CRI
Share with:


Profesor undang-undang dari Universiti Pennsylvania Amerika Syarikat (AS), Amy Wax baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menyerang pendatang India dan menyebut negara mereka ialah 'shithole' dalam program Fox News. Kenyataan yang mengejutkan tersebut satu lagi kes diskriminasi ras terhadap keturunan Asia di AS.

Bukankah AS mendakwa 'semua warga adalah sama rata'? Dan siapakah membenarkan Amy Wax untuk menyebarkan rasisme?

Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS) pada Jumaat lalu mengeluarkan laporan yang dapat menjawab soalan-soalan terseubt.

Laporan yang bertajuk Peningkatan Rasisme Antiketurunan Asia Bongkar Hakikat Rasis Masyarakat AS itu menggunakan data dan kes yang terperinci menunjukkan bahawa AS sama sekali merupakan negara "White Anglo-Saxon Protestant". Seperti kaum-kaum minoriti yang lain di AS, hak asasi keturunan Asia juga dicabul dalam pelbagai bidang. Warna kulit ternyata amat penting untuk menentukan nasib seseorng di negara itu.

Penderaan, serangan, tembakan dan sebagainya yang terkena pada warga AS keturunan Asia pada masa ini secara langsung disebabkan oleh manipulasi rasisme ahli politik terhadap pandemik COVID-19. Dari segi puncanya, keturunan Asia di AS mengalami kebencian dan pemulauan disebabkan struktur dan iklim masyarakat AS yang mengutamakan orang kulit putih.

Tambahan lagi ahli politik terus menyekat dan mengekang China disebabkan pemikirannya hanya mengenal mainan campur-tolak dan mentaliti Perang Dingin pada beberapa tahun kebelakangan ini, dan ini telah menjejaskan hubungan antara AS dengan China. Keturunan Asia termasuk keturunan China di AS mengalami diskriminasi ras yang lebih serius.

Ahli politik di Whashington sambil menggembar-gemburkan 'hak asasi manusia' dan 'impian Amerika', sambil menyebarkan diskriminasi ras untuk mengetepikan dan mengorbankan kepentingan kaum minoriti. Situasi penularan pandemik COVID-19 yang serius telah mendedahkan kemunafikan 'pembela hak asasi' itu.

'Noda pada jiwa AS' - itulah rumusan Presiden Joe Biden tentang rasisme sistematik di negaranya. Kesengsaraan yang dialami keturunan Asia adalah kehinaan bagi AS. Penghapusan rasisme mungkin dapat diwujudkan pada masa akan datang, tetapi ia masih merupakan cek kosong di negara ini buat masa ini.