CGTN, MBC Lancar Program Sambut Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik China-Mauritius

2022-04-16 14:28:29  CRI
Share with:

Program multimedia "Spanning 50 Years, Prosperity" sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China dan Mauritius, dilancarkan secara maya di Beijing dan Pelabuhan Louis semalam.

Program tersebut diadakan bersama oleh Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) di bawah Kumpulan Media China (CMG) dan Televisyen Nasional Mauritius (MBC).

Presiden CMG, Shen Haixiong ketika menyampaikan ucapan menyatkaan, Presiden China Xi Jinping ketika mengadakan lawatan ke Mauritius pada tahun 2018 menyatakan bahawa kedua-dua negara ini perlu memperkukuh komunikasi, mempergiat kerjasama dalam segenap aspek, merapatkan interaksi kebudayaan dan meningkatkan persefahaman.

Shen menyatakan, China dan Mauritius mempunyai tradisi budaya majmuk yang bersejarah. Budaya Cina telah menjadi komponen penting dalam budaya majmuk di Mauritius. Sementara itu, rakyat China ingin mengetahui lebih banyak mengenai Mauritius, seperti mana rakyat Mauritius yang ingin mengenali China yang sebenar.