China Tak Mahu Gantikan Pihak Lain

2022-04-16 15:49:04  CRI
Share with:

Pembangunan China adalah untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat. China tidak berminat untuk mencabar atau menggantikan pihah lain.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam ketika memberi komen mengenai kenyataan Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS), William Burns yang menyifatkan China sebagai pesaing hebat yang ingin menggantikan AS menjadi kuasa super di rantau Indo-Pasifik.

Zhao Lijian menyatakan, sejak sekian lama, AS menyebarkan banyak 'teori ancaman China' dan sering kali menghitamkan nama China. Namun, pembohongan tidak akan berubah menjadi kebenaran walau diulang seribu kali pun. Pembangunan damai dan sumbangan China kepada dunia telah mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa.

Tegasnya, beberapa pegawai AS dinasihat menyingkirkan mentaliti Perang Dingin dan memandang pembangunan China secara objektif, menghentikan tindakan menghasut melagakan hubungan China dengan negara lain dan berbuat baik demi hubungan normal China-AS.