“Pengembaraan” Benih ke Angkasa Lepas

2022-04-18 13:49:20  CRI
Share with:

Tiga angkasawan China berjaya kembali ke Bumi pada Ahad selepas bertugas selama setengah tahun di angkasa lepas.

Tahukah anda, bersama-sama kru kapal angkasa Shenzhou-13, terdapat juga pelbagai jenis benih yang pernah melakukan penerbangan di angkasa lepas.

Dalam tempoh lebih 30 tahun sejak 1987, sebanyak lebih seribu jenis bahan baharu telah dipilih dan lebih 260 jenis tanaman baharu yang melibatkan padi, gandum, kacang soya dan sayur-sayuran telah dipupuk dengan menggunakan teknologi pemupukan benih di angkasa lepas.

Benih yang berkualiti dapat dipupuk dalam jangka masa pendek dengan teknologi tersebut yang juga dianggap sebagai berperanan penting untuk mempelbagaikan sumber mutu benih.

Seiring dengan peningkatan teknologi terbabit, hasil pertanian bukan saja lebih berkhasiat dan kelihatan lebih cantik, tetapi juga mempunyai rasa yang berbeza berbanding dengan tanaman di Bumi.