Hubungan Kejiranan Pulih dalam Pandemik

2022-04-18 13:26:45  CRI
Share with:

Shanghai melaporkan tiga kes kematian dalam gelombak wabak pusingan kali ini, dan kesemuanya merupakan warga emas berumur sekitar 90 tahun.

 

Kini, Shanghai masih berstatus kawalan pergerakan. Dengan bekalan kerajaan dan pembelian secara borong yang dianjurkan oleh penduduk, keperluan harian mencukupi bagi majoriti penduduk tempatan.

 

Tapi lama kelamaan, ramai yang tiba-tiba teringin nak makan dan minum selain daripada apa yang diberi.

 

Misalnya, ramai yang menyatakan mereka amat rindu kepada minuman bergas.

 

Setelah membaca maklumat seperti ini dalam kejiranan di pangsapuri sama menerusi platform media sodial, cik Sun teringat yang dirinya masih ada 12 tin Coca Cola di rumah.

 

Lantas, beliau meletakkan minuman tersebut di lobi pangsapuri dan memaklumkan dalam kumpulan kejiranan pangsapuri itu bahawa ia disediakan secara percuma kepada kawan-kawan yang teringin nak minum.

 

Encik Xiao merupakan individu yang paling awal menjumpai Coke itu di lobi. Tapi beliau tidak langsung mengambil, sebaliknya tukar sebotol sambal untuk setin Coke.

 

Seterusnya turut ada penduduk pangsapuri yang sama meletakkan susu, telur, mi segera, kopi, buah-buah untuk menukar Coke atau barangan lain yang telah diletakkan di sana.

 

Sedikit demi sedikit, barangan yang diletakkan di lobi tiba-tiba menjadi semakin banyak, dan akhirnya menjadi satu pasar raya mini.

 

Ramai penduduk menyatakan kehidupan kawalan pergerakan memang amat bosan, tapi keadaan perkembangan di “pasar raya mini” ini macam drama yang menarik tumpuan dan juga menyuntik semangat kepada mereka.

 

Jika diikut daripada perkongsian mereka, ada yang menyatakan bahawa dulunya, jiran yang duduk di setingkat pun mereka tak kenal. Tapi dengan pengalaman istimewa kali ini, hubungan di sesama penduduk menjadi mesra.

 

Wabak COVID-19 membawa impak yang luar biasa. Respons luar biasa pula terpaksa diambil, termasuk kawalan pergerakan yang berlarutan. Ini mesti membawa gangguan kepada kehidupan dan muncul banyak masalah masyarakat. 

 

Dulu di China, hubungan jiran selalu merupakan ikatan rapat untuk membantu mengharmonikan masyarakat dan menyelesaikan masalah.

 

Satria ingat ketika masih kecil, saya boleh langsung makan malam di rumah jiran jikalau ibu bapa lambat balik.

 

Peribahasa China berbunyi, ahli keluarga jauh tak semesra seperti jiran yang dekat.

 

Dalam zaman moden, hubungan jiran menjauh berikutan kehidupan yang serba pantas dan ramai berfikiran untuk buat hal masing-masing sahaja.

 

Wabak yang memperlahankan kehidupan kita secara mendadak tak sangka juga memulihkan hubungan jiran di masyarakat China.

 

Dalam masyarakat antarabangsa pula, menghadapi situasi pancaroba dan pandemik buat masa ini, mengawal hubungan mesra dengan negara jiran juga semakin penting dan ini berselaras dengan tamadun timur kita.

 

Satria masih ingat pelbagai negara jiran turut menyediakan bantukan kepada China pada awal tahun 2020. Budi bahasa ini tidak akan terlupa oleh China.

 

Kami juga berusaha menyokong perjuangan melawan pandemik di negara-negara jiran setelah wabak domestik terkawal.

 

Selain menyediakan lebih 2.2 bilion dos vaksin, menerusi pemindahan teknologi, China menjalin kerjasama dengan 20 buah negara, dengan kapasiti pengeluaran satu bilion dos setiap tahun.

Kini, persetempatan merupakan antara langkah penting dalam memacu peningkatan pengeluaran bekalan vaksin di negara membangun.

 

Syarikat pembekal vaksin China menembusi pasaran antarabangsa dengan membangunkan kilang pembuatan seperti di Indonesia, Kemboja dan Myanmar untuk membantu negara berkenaan meningkatkan kapasiti pengeluaran vaksin.

 

Jika negara jiran saling menyokong dan saling membantu, komuniti serantau pula akan menjadi makmur.