Fasiliti Penyimpanan Sejuk Vaksin Bantuan China Mula Dibina di Mesir

2022-04-18 12:56:16  CRI
Share with:

Projek pembinaan fasiliti penyimpanan sejuk vaksin seluas 2,800 meter persegi oleh syarikat Sinovac Biotech Ltd China dengan kemampuan menyimpan 150 juta dos vaksin secara rasmi bermula di Mesir, 14 April.

 

Menurut Duta Besar China ke Mesir, Liao Liqiang, setelah fasiliti serba moden itu siap, ia akan meningkatkan kemampuan penyimpanan vaksin di Mesir dan membantu Mesir merealisasikan sasaran vaksinasi terhadap 70 peratus populasinya menjelang pertengahan tahun ini.

 

“China akan melaksanakan dengan aktif konsensus penting yang dicapai presiden kedua-dua negara dan meneruskan kerjasama dengan Mesir dalam bidang kesihatan dan sanitasi,” ujar beliau pada majlis perasmian projek itu.

 Menteri Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan Sains merangkap pemangku Menteri Kesihatan Mesir, Khaled Abdel Ghaffar pula menyatakan bahawa projek bantuan Sinovac akan mempertingkat kemampuan pengeluaran, penyimpanan dan pengagihan vaksin Mesir.

 

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat China atas sokongan dan bantuan kepada usaha kesihatan Mesir dalam jangka masa panjang.