Xi Ucap Simpati atas Bencana Taufan di Filipina
2022-04-18 16:34:20 CRI
Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan simpati kepada rakan sejawatnya dari Filipina, Rodrigo Duterte susulan taufan yang melanda negara itu.
Xi berkata, beliau berasa pilu apabila diketahui bencana berlaku di Filipina yang menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.
Beliau menyampaikan rasa dukacita kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut.
Xi komited menghulurkan bantuan sedapat mungkin kepada negara itu.