Lagi Konflik Tercetus di Masjid Al-Aqsa

2022-04-18 11:31:34  CRI
Share with:

Konflik berskala kecil tercetus apabila polis Israel sekali lagi memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada pagi Ahad.

Ini merupakan kali kedua polis Israel memasuki daerah yang sensitif itu sejak berlakunya konflik pada Jumaat lalu.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, 10 penduduk Palestin cedera dalam konflik tersebut.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan, polis Israel menghalau penduduk Palestin menggunakan gas pemedih mata, dan menutup jalan ke masjid tersebut serta menangkap tiga warga Palestin.

Menurut laporan media Israel, operasi polis Israel itu bertujuan membolehkan orang Yahudi membuat lawatan di kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa.