KDNK China Tumbuh 4.8 Peratus Suku Pertama 2022

2022-04-18 11:14:21  CRI
Share with:

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB27.017 trilion (RM17.99 trilion) pada suku pertama 2022, meningkat 4.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Biro Statistik Negara (NBS).

Jurucakapnya, Fu Linghui berkata ekonomi China terus pulih dan berkembang dengan mantap pada suku tahun pertama.