Pusingan Kedua Pilihan Raya Presiden Timor Leste Diadakan

2022-04-19 15:03:27  CRI
Share with:

Pusingan kedua pilihan raya presiden Timor Leste diadakan hari ini.

Menurut keputusan pusingan pertama pilihan raya pada 19 Mac, mantan presiden Jose Ramos-Horta dan presiden Francisco Guterres mendahului kutipan undi dengan masing-masing meraih 46.6 peratus dan 22.1 peratus undi.

Menurut undang-undang pilihan raya negara itu, sekiranya tiada calon memperoleh lebih daripada 50 peratus undi, pengundian pusingan kedua akan diadakan antara dua calon yang meraih undi paling banyak.

Presiden yang terpilih akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Mei nanti.