Jepun Digesa Tunjuk Sikap Bertanggungjawab

2022-04-19 14:49:13  CRI
Share with:

Tindakan kerajaan Jepun yang melobi kelulusan rancangan melepaskan air terawat daripada loji nuklear Fukushima ke laut adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menyuarakan gesaan supaya Jepun mengambil berat kebimbangan yang sah dan munasabah masyarakat antarabangsa serta rakyatnya sendiri dalam hal ini.

Katanya, pasukan petugas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah melakukan tinjauan lapangan sebanyak dua kali di Jepun baru-baru ini. Penilaian mengenai opsyen pelupusan dan pengawalseliaan air sisa masih dijalankan.

Bagaimanapun, Jepun tidak mengendahkan kebimbangan semua pihak, sebaliknya tergesa-gesa meneruskan persiapan untuk membuang air tercemar ke laut.

Wang menegaskan, Jepun perlu mengkaji kaedah yang sesuai menerusi rundingan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk negara jiran dan agensi antarabangsa berkaitan, bukannya berdegil melepaskan air terawat ke laut.

Sebelum itu, Jepun tidak boleh melancarkan proses pelepasan air tercemar yang mengandungi bahan radioaktif tanpa kebenaran.

Mutakhir ini, Pihak Berkuasa Peraturan Nuklear Jepun (NRA) telah menyelesaikan penelitian terhadap rancangan pelupusan air terawat berkenaan pada asasnya, dan menyetujui pelan dikemukakan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo.

Keputusan berkaitan dijangka dikeluarkan secara rasmi pada Mei depan.