Pesta Video Bahasa Cina Berlangsung di Geneva

2022-04-20 21:37:45  CRI
Share with:

Hari Bahasa Cina Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyasar untuk menggalakkan kepelbagaian budaya dan penggunaan pelbagai jenis bahasa, yang dipandang sebagai aspek penting bagi mendorong pencapaian matlamat pembangunan mampan PBB.

Demikian ujar Ketua Pengarah Pejabat PBB di Geneva (UNOG), Tatiana Valovaya ketika menyampaikan ucapan secara maya dalam Pesta Video Bahasa Cina edisi kedua yang berlangsung di Geneva sempena Hari Bahasa Cina PBB pada Rabu.

Beliau turut menyifatkan penganjuran pesta video oleh Kumpulan Media China (CMG) itu membuka pintu kepada dunia untuk lebih mengenali budaya tradisional China.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapannya menyatakan Hari Bahasa Cina PBB merupakan pesta bagi meraikan kepelbagaian bahasa dan budaya, selain menyebarkan multilateralisme.

CMG komited terus menggalas misi selaku media yang bertanggungjawab, berusaha ke arah menghapuskan rintangan dan meningkatkan persefahaman antara satu sama lain, agar menyumbang kepada keamanan dunia dan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Sementara itu, wakil tetap China ke UNOG, Chen Xu menzahirkan harapan supaya Hari Bahasa Cina itu terus berperanan sebagai jendela dan jambatan bagi menggalakkan pertukaran budaya serta persefahaman antara rakyat pelbagai negara.