Bukan Lahir dari Hati, Hanyalah Kepura-puraan
Menurut kenyataan Rumah Putih pada Isnin, penyelaras Hal Ehwal Indo-Pasifik di Majlis Keselamatan Negara (NSC), Kurt Campbell mengetuai delegasi Amerika Syarikat (AS) ke tiga negara kepulauan Pasifik antaranya Kepulauan Solomon, minggu ini.
Sudah diketahui umum bahawa lawatan Campbell itu bakal dilakukan dengan niat mencemarkan perjanjian rangka kerja antara kerajaan mengenai kerjasama keselamatan China-Kepulauan Solomon.
Kerjasama seumpama yang mematuhi undang-undang antarabangsa dan kelaziman global tanpa menyasarkan mana-mana pihak ketiga, telah diputarbelitkan AS dan Australia sebagai ancaman kepada keselamatan rantau.
Kepulauan Solomon sebuah negara merdeka dan berdaulat serta mempunyai hak untuk menjalin ikatan dengan sesiapa sahaja.
Keputusannya untuk bekerjasama dengan China kerana negara Tembok Besar itu dapat benar-benar menyalurkan bantuan kepadanya.
Sebaliknya, AS tidak pernah mengambil berat tentang keselamatan dan pembangunan Kepulauan Solomon, hanya menjadikannya pangsi strategik untuk berlawanan dengan China serta bidak yang digunakan dalam konfrontasi blok.
Dibuktikan bahawa AS merupakan ancaman terbesar kepada rantau Asia Pasifik.
Daripada keputusan untuk mengusahakan senjata hipersonik di bawah pakatan keselamatan tiga hala AUKUS, hingga hebahan terkini berkaitan konsep strategik baharu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk memperluas tentakelnya sampai ke Asia Pasifik, segala-galanya yang dilakukan AS tengah menjejaskan mekanisme kestabilan yang sedia ada di rantau itu.
Rumah Putih mendakwa, lawatan Campbell bertujuan untuk memastikan negara kepulauan Pasifik menikmati kemakmuran, keselamatan dan keamanan.
Namun, di mata dunia, gerak-geri AS hanyalah lakonan dan kepura-puraan semata.