MURATA Jepun Ucapkan Terima Kasih Atas Sokongan Kerajaan Wuxi dalam Wabak

2022-04-20 17:00:28  Murata Wuxi wabak
Share with:

Presiden syarikat pembuatan MURATA Jepun, Norio Nakajima baru-baru ini menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Wuxi, Provinsi Jiangsu China menerusi sepucuk surat yang diutuskan.

 

Di dalam surat itu, Norio mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Wuxi atas usaha menjamin bekalan bahan pengeluaran kilang elektronik MURATA di bandar tersebut dalam tempoh wabak.

 

Untuk rekod, MURATA adalah pengeluar MLCC terbesar di dunia, manakala Wuxi pula merupakan pangkalan pengeluaran terbesarnya di China.

 

70% hingga 80% bahan pengeluaran untuk kilang tersebut biasanya dihantar ke pelabuhan Taicang sejauh 100 kilometer, lalu diangkut ke Wuxi.

 

Bagaimanapun, susulan tercetusnya wabak varian BA.2 Omicron, kawalan pergerakan dilaksanakan di seluruh bandar Taicang pada 14 April lalu. Lebih 30 buah kontena dari Jepun terkandas di pelabuhan Taicang.

 

Yang lebih teruk, pengangkutan bahan-bahan tersebut memerlukan lori khas untuk barangan kimia berbahaya dan mengawal suhu sejuk. Namun, bukan sahaja kekurangan lori, bahkan pemandu juga semuanya terhad di Taicang dengan impak wabak.

 

Kalau tanpa bekalan tersebut, pengeluaran kilang MURATA di Wuxi terpaksa berhenti dalam tiga hari.

 

Kerajaan Wuxi segera menyelaras dengan kerajaan Taicang untuk membuka laluan hijau, menghantar lori dan pemandu tempatan yang bersesuaian dengan protokol kawalan wabak ke Taicang untuk membawa balik bahan-bahan tersebut, menjamin operasi kilang MURATA beroperasi dengan berterusan dan selamat.

 

Kini, pelbagai negara turut mengubahsuaikan kawalan pandemik. Ada yang membuka sempadan semula, ada yang membatalkan semua kawalan wabak. Satria yakin setiap kerajaan sudah mempertimbangkan unsur kesihatan awam, ekonomi, politik dan lain-lain dan berusaha mencari pendekatan seimbang.

 

Kerajaan China mengutamakan nyawa rakyat, tapi juga selalu menegaskan menjamin pengeluaran di samping mengawal wabak.

 

Pada setengah tahun kedua 2020 dan 2021, China antara yang paling awal memulihkan pengeluaran ketika pandemik menular di dunia. Ini bukan sahaja menjamin ekonomi China terus berkembang, juga menjamin keselamatan rantaian bekalan dunia.

 

Bahkan ada syarikat antarabangsa yang dulu menggunakan beberapa tahun memindahkan kilang ke luar dari China ekoran unsur politik dan lain-lain terpaksa memulihkan kapasaiti pengeluaran mereka di China dalam beberapa minggu ketika wabak menular secara meluas.

 

Ada juga yang memilih yakin pada kerajaan China, sama sekali tidak pernah mempertimbangkan memindahkan kilang ke luar China, sebaliknya menambah pelaburan di sini. MURATA antara contohnya.

 

Pada bulan Februari lalu, MURATA telah memeterai perjanjian untuk membuka kilang baharu di Wuxi.

 

Sokongan kerajaan Wuxi dalam wabak kali ini mesti akan menambah keyakinan MURATA terhadap pelaburan mereka di sini.

 

Satria telah membaca kenyataan dari persatuan peniaga Jepun, Amerika dan Kesatuan Eropah di Shangai yang memahami dasar kawalan wabak di Shanghai di samping menyatakan kerisauan atau impak terhadap urus niaga mereka.

 

Dalam jangka pendek, kawalan pergerakan mesti membawa impak terhadap bandar-bandar terlibat. Tapi kalau melihat dari jangka panjang, ini adalah pilihan yang impaknya minimum berbanding memulihkan pengeluaran dan membiarkan penularan wabak.

 

Cuba tengok kesesatan kapal kargo di pelbagai pelabuhan Amerika yang telah berlarutan setahuan dan hingga kini belum diselesaikan.

 

Mana yang membawa impak lebih besar kepada syarikat-syarikat antarabangsa?

 

Berita yang agak positif, kes baharu di Shanghai telah menurun dalam tiga hari berturut-turut dan kawalan pergerakan di pelbagai bandar di Delta Sungai Yangtze dilonggarkan setelah berjaya mengawal penularan tempatan.

 

Timbalan Perdana Menteri China Liu He pula memanggil mesyarakat kelmarin untuk mengeluarkan langkah menjamin kelancaran logistik serta kestabilan rantaian pengeluaran dan bekalan.

 

Keyakinan pelaburan antarabangsa terhadap China, khususnya terhadap Shanghai dijangka baik pulih mengikuti trend merangsangkan tersebut.