IMF Semak Turun Unjuran Ekonomi Dunia

2022-04-20 16:45:37  CRI
Share with:

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia bagi tahun ini kepada 3.6 peratus berbanding unjuran awal 4.4 peratus.

IMF juga menyemak semula unjuran ekonomi global bagi tahun depan daripada 3.8 peratus kepada 3.6 peratus.

Menurut IMF, sekatan yang dikenakan Barat ke atas Rusia akan membawa impak besar terhadap ekonomi negara itu. 

Pertumbuhan ekonomi Rusia dijangka menurun 8.5 peratus pada 2022 dan 2.3 peratus pada 2023.

Di sampung itu, ekonomi Ukraine dijangka menguncup sebanyak 35 peratus pada 2022.