​Perbahasan UNSC: China Prihatin Terhadap Isu Ukraine

2022-04-20 13:25:56  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) pada Selasa membahaskan tentang isu kemanusiaan di Ukraine.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun berkata, China prihatin terhadap konflik Ukraine yang menjadikan situasi kemanusiaan semakin parah dan memberikan impak serius.

Menurut beliau, China menyarankan pihak terlibat untuk sedaya mungkin mempertahankan diri, mematuhi orde kemanusiaan antarabangsa, memelihara keselamatan dan kemudahan awam, serta memudahkan pemindahan dan bantuan kemanusiaan.

Jelas Zhang, China menyokong usaha Setiausaha Agung, Antonio Guterres dan Naib Setiausaha Agung PBB, Martin Griffiths yang berhubung dengan pihak berkenaan untuk mencapai gencatan senjata dan persepakatan.

"China juga mencadangkan masyarakat antarabangsa agar memperhebat penyelarasan, menjunjung tinggi tanggungjawab bersama, dan menyediakan lebih banyak sokongan kepada negara yang menerima pelarian," kata Zhang.

China turut menegaskan bahawa gencatan senjata adalah pendekatan asas yang menyelesaikan krisis kemanusiaan.

Tambah Zhang, pihak lain seharusnya menumpu kepada sokongan masing-masing kepada rundingan diplomatik sambil menyifatkan pembekalan senjata secara besar-besaran tidak akan membawa kedamaian, malah hanya memburukkan situasi.

“Sekatan menyeluruh telah mengakibatkan impak teruk terhadap negara membangun dan ia adalah tidak adil dan munasabah.

"Masyarakat antarabangsa diharap dapat mengintensifkan penyelarasan, menstabilkan bekalan dan harga bijirin serta tenaga, selain mengelak daripada sekatan eksport yang tidak perlu.

"Selain itu, tindakan membekukan rizab mata wang asing negara lain adalah suatu pencabulan kedaulatan susulan sifatnya yang sama seperti menjadikan kebergantungan ekonomi sebagai senjata," ujar beliau.

Zhang berkata, kesemua perbuatan tersebut akan menjejaskan kestabilan ekonomi global, dan merisikokan hubungan antarabangsa.