Genap 50 Ketibaan Panda Gergasi China ke Amerika
Majlis sambutan genap 50 ketibaan panda gergasi dari China diadakan di Zoo Negara Amerika pada hujung minggu lalu.
Februari 1972, Presiden Richard Nixon dan isterinya melawat China.
Mereka khusus mengunjungi Zoo Beijing untuk melihat panda gergasi dan membeli banyak permainan panda.
Dalam majlis jamuan sebelum mereka balik, Perdana Menteri China pada masa itu, Zhou Enlai memberitahu Puan Nixon bahawa China akan menghantar dua ekor panda gergasi ke Amerika.
Ketibaan panda gergasi dari China pada 16 April tahun itu menjadi berita besar. Lebih 8000 penduduk tempatan menyambut mereka dalam hujan dan lebih 200 ribu orang mengunjungi dewan gergasi di Zoo Nasional pada hari pertama.
Manakala, majlis sambutan pada hujung minggu lalu juga menarik kira-kira 200 ribu pelawat, sementara gerai makanan yang bertema panda dan mencuba kaligrafi China anjuran Kedutaan Besar China juga menarik tumpuan ramai
Ini memperlihatkan bahawa minat orang ramai di Amerika terhadap panda gergasi, budaya China bahkan negara China tidak berubah.
Cuma sikap tokoh politik negara itu telah berubah.
Ahli Dewan Perwakilan dari Republikan, Nancy Mace menyerahkan satu rang pemindaan akta kepada Kongres pada Februari lalu supaya merampas dua ekor panda gergasi yang sekarang berada di negara itu dan berdasarkan perjanjian perlu dikembalikan kepada China.
Menyekat syarikat China, menyekat pelajar China, sekarang nak merampas panda gergasi China. Model ini telah diulangkan di Rusia baru-baru ini.
Namun, yang Satria betul-betul ingin tahu adalah, apakah dosa China?
Mungkinkah ia hanya kerana China telah berkembang hingga berkelayakan dilihat sebagai pesaing Amerika dalam 50 tahun ini?
Semua pesaing patut dimusnahkan, itulah strategi Amerika yang tidak berubah.
Tapi pandangan China adalah berbeza.
Dalam majlis sambutan di Zoo Negara Amerika, Duta Besar China, Qin Gang menyatakan bahawa China dan Amerika mencapai hasil yang memberangsangkan dalam kerjasama penyelidikan perlindungan panda dalam tempoh lima dekad lalu.
Jumlah panda meningkat daripada beberapa ratus ekor pada 50 tahun lalu kepada lebih 1,800 ekor pada masa sekarang.
Menurut beliau, perkara tersebut juga dapat membuktikan bahawa sekiranya China dan AS bekerjasama, kedua-dua negara boleh membawa manfaat kepada dunia.
Sayang sekali, berbanding Presiden Nixon yang merasmikan dewan panda gergasi ini sendiri pada 50 tahun lalu, kali ini hanya Ketua Pengarah Zoo sahaja yang mendengar cadangan Duta Besar China Qin Gang mengenai hubungan bilateral.
Berbanding Presiden Richard Nixon dan Setiauaha Negara Henry Kissinger yang berani cuba memahami dan menjalinkan hubungan dengan China, tokoh politik Amerika buat masa ini hanya duduk di rumah mengecam ini itu di China untuk menonjolkan imej gagah berani.
Satria mencadangkan tokoh politik negara itu banyak mendengar dan meneliti pandangan pihak lain, supaya jangan mengeluarkan kenyataan yang amat bodoh dalam pentadbiran negara dan pengurusan hubungan antarabangsa.
Menjejaskan hubungan Amerika-Rusia tidak membantu membaiki hubungan China-Amerika, menghasutkan hubungan China-Rusia juga tidak membantu membaiki hubungan Amerika-Ruisa. Manakala menjejaskan hubungan China-Amerika pula tidak membantu bagi hubungan Amerika-Rusia bahkan dunia.
Struktur keselamatan patut menjadi seimbang, berkesan dan berterusan. Keselamatan sesebuah negara tidak patut berasaskan ketidakselamatan negara lain.