Diplomat Kanan China Temu Duta Kemboja, Laos
Hubungan China dengan Kemboja dan Laos melangkah masuk ke era baharu dalam membentuk komuniti berkongsi nasib.
Pihak-pihak terlibat harus meningkatkan komunikasi strategik, mengukuhkan kesalingpercayaan politik dan menaik taraf kerjasama ekonomi, sekali gus menggalakkan kolaborasi merangkumi pembendungan wabak COVID-19, kesejahteraan rakyat dan sosiobudaya.
Demikian kata Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Yang Jiechi ketika bertemu Duta Kemboja Khek Caimealy Sysoda dan Duta Laos Khamphao Ernthavanh secara berasingan di Beijing, pada Rabu.
Beliau menyatakan, tahun ini menyaksikan mulanya perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN.
China menyokong usaha Kemboja selaku pengerusi bergilir ASEAN dan bersedia bersama blok itu ke arah membina rantau yang aman, makmur dan indah.
Sementara itu, Sysoda dan Khamphao menyuarakan kehendak Kemboja dan Laos untuk mengintensifkan interaksi dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, serta usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).