Bahasa Cina Penting dalam Kerja PBB

2022-04-21 16:01:34  CRI
Share with:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diharap terus mengamalkan multilingualisme dan menggunakan bahasa-bahasa rasmi secara saksama bagi menyebarkan suara dan saranannya dengan lebih berkesan.

Harapan itu dizahirkan wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun ketika berucap menerusi pautan video dalam majlis perasmian aktiviti Hari Bahasa Cina PBB mutakhir ini.

Zhang berkata, sebagai salah satu daripada enam bahasa rasmi PBB, bahasa Cina berperanan penting dalam membantu pelaksanaan kerja-kerja PBB, menggalakkan interaksi antara pelbagai negara dan mendorong multilateralisme.

Hari Bahasa PBB dilancarkan pada 2010 bagi mendorong kepelbagaian bahasa dan budaya, dan memastikan penggunaan saksama antara bahasa-bahasa rasmi PBB.

Dalam pada itu, Hari Hujan Birijin atau Guyu ditetapkan sebagai Hari Bahasa Cina bagi memperingati Cang Jie yang dianggap sebagai pencipta bahasa bangsa Cina.